ada sapa2 nak bagi pnjam bahu dye kat sy x ?
seriusly sedeh sgt2 . " i need him "
plezzzzzzz come back :'(
sy tetap akan cintakan awk smpai bila2 .
Kalau satu hari awak menangis,
beritahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak,
Kalau satu hari awak ada masalah,
awak bg tahu saya,,
saya tak janji nak bagi penyelesaian,
tapi awak boleh kongsi dengan saya
Kalau satu hari awak nak pergi berjalan,
bagitahu saya, saya bukan nak halang awak
tapi.....
saya boleh teman awak dan menjaga awak
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar
cerite awak
saya janji saya akan ada untuk awak
Tapi kalau satu hari awak perlukan
saya, dan saya tak muncul- muncul
mungkin kerana ALLAH lebih
memerlukan saya
saat itu saya pula perlukan "hadiah" PERSAHABATAN
dari awak...♥
senyumlah walaupun hati sakit :: Moral of the story ::
=>
♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat.
♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.
♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu kerana dia yang mengasah ketegaranmu.
♥ Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu.
MORAL: ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK..... SenyumLAH walaupun dirimu disakiti~
YA SAYA REDHO ::
tEMAN
Sahabat..Teman...Kawan...Friend ♥‿♥
Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang di cari..
(Saidina Ali)
Tanpa sahabat, siapalah kita. Sahabat merupakan insan yang paling rapat dalam hidup kita, selain ibubapa.
Sedangkan Nabi dahulu pun, memerlukan sahabat untuk menolong beliau dalam menyebarkan dakwahnya. Ketika ingin menyebarkan dakwahnya, Rasulullah telah pergi ke rumah Abu Bakar, untuk memberitahu tentang kisah penghijrahan beliau. Lalu, Abu Bakar bertanya kepada Rasulullah, adakah Baginda memerlukan seorang TEMAN?Baginda menjawab, YA.
Teman..
Maafkan aku, andai sepanjang persahabatan kita, aku sering menyakiti hati mu, secara sedar ataupun tidak…sesungguhnya, diri ini sentiasa melakukan kesilapan..
Tegurlah aku..semoga dengan teguran itu dapat membuatkan diri ini lebih sempurna..
Ingatkan aku, andai aku terleka di buai mimpi indah dunia, sesunguhnya aku sering leka dengan duniawi yang penuh dengan keasyikan ini…
Sedarlah, kita berkawan bukan hanya di dunia, tapi kekalkan persahabatan kita hingga ke SyurgaNya...
Semoga ALLAH memberkati persahabatan kita. InsyaAllah....
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan..
♥ ♂♀ ♥ Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.♥ (✿◠‿◠
Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..
Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..
Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang mmberi PANDUAN untuk bercinta..♥♥♥
No comments:
Post a Comment