I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 26 April 2017

Missing blogger so much

Assalamualaikum semua . Dah bertahun adda tak update blog kan . Macam2 masalah sebenarnya . Itu yang tak sempat nak update . Kekadang adda lupa ps , hehe tq sebab tak jemu2 melawat blog adda. Kadang bila baca balik apa yang kita tulis bertahun2 lepas tu rasanya sangat kelakar kan . Hehe .oh ye adda masih lg jd gadis periang mcm dulu cuma perangai berubah cket . Jd pemarah cepat sangat . Btw korang sihat ? 

Saturday 1 March 2014

http://zaidatisalleh.blogspot.com/2012/12/kemerdekaanjuga-disebut-hari-kebangsaan.html

Tuesday 3 December 2013

Hello DISEMBER !

Hola guys ! so lama adda xupdate blog ni kan . huhu . berhabuk myblog ni ha . anyway ! sekarang dah masuk bulan DISEMBER . bila dengar je bulan DIS ni mesti terbayangkan BANJIR and paling INTERESTING lg ialah KAHWIN ! ye KAHWIN , bila sebut je pasal kawin ni kan mula la KEGEDIKAN tu timbul tau dk . Bila usia dh makin meningkat ni kan and semakin tua ni kan mula la rasa GATAL nak kahwin. tapi adda xdok la tua sangat pon baru 21 years old okesss . haha . tp biasa la umur sebaya adda pon dh ramai dah kahwin and dpt anak. tapi kankankan , korang2 semua doakan la adda cepat kahwin . kalau ikut pada rancangan adda dengan si mylove syahir tu kan. inshaallah akhir tahun depan 2014 kalau xdk halangan apa2 kita akan kahwin. doakan ye semoga semuanya berjalan lancar and tak ada halangan apa2 . ini baru perancangan kita . family masing2 belum lagi tahu. ekadar kecil2 pon tak apa kan . asalkan dpt kahwin . bila duk termenung mengingatkan pasal kahwin ni rasa lambat je plak tahun depan . next month dh masuk tahun baru . bila masuk tahun baru kalau dihitung2 ada lg 11 atau 12 bulan plak nk berlangsung majlis tuh . tp tape bersedia . inshaallah berjalan lancar . amin3 . doakan ye wahai kawan2 . mohon jasa baik korang . :))

Tuesday 11 June 2013

Disebalik janji. Tepatila janji kamu

Sebagai orang yang beriman kita mesti mematuhi janji yang kita buat. Memungkiri janji adalah satu dari sifat orang-orang munafik.  Allah juga sangat menekankna kepada hambanya supaya memenuhi janji yang kita buat.
firman Allah di dalam Al-Quran , surah Al-Maidah ayat pertma bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman penuhilah janji-janjimu”.
dan surah Al-Isra’ ayat 34 bermaksud:
” Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya”.
Tetapi   sikap memungkiri janji ini bagai telah menjadi  kebiasaan dikalangan umat Islam sendiri, sehinggakan  adakalanya  ada yang sanggup meluahkan kata-kata ” baik berjanji dengan orang kafir dari berjanji dengan orang melayu (baca: Islam)”.   Terungkapnya kata-kata tersebut mungkin disebabkan pengalaman orang tersebut yang terlalu sangat bertemu dengan orang melayu yang memungkiri janji.
Sebagai orang yang hidup bersendikan agama, tidak sepatutnya kita dengan mudah untuk mengukir janji dan kemudian memungkirinya tanpa alasan yang munasabah.   Ingatlah bila kita memungkiri janji, bukan imej kita saja yang buruk, malah ia membaw imej yang negatif kepada orang Islam lain, lebih-lebih lagi bila kita berurusan dengan orang-orang yang bukan Islam.
Cuma perlu juga kita beringat, bahawa bila ada orang lain yang tidak menepati janji mereka  dengan kita, janganlah  kita terus menuduhnya munafik dan sebagainya.  Mungkin orang tersebut ada masaalah untuk menunaikan janjinya pada masa yang di tetapkan.  Berilah  ruang dan peluang kepadanya untuk memberi penjelasan dan bersangka baiklah dengan penjelasan yang di berikan.
Contohnya, bila  kita  ada temu janji yang telah ditetapkan dengan seseorang, tetapi ia tidak dapat hadir pada masa yang ditetapkan, janganlah cepat marah dan mengeluh.  Mungkin di saat itu Allah sedang menguji kita melalui orang tersebut.  Sekiranya kita boleh bersabar dan redha pasti ada pahala yang diberikan.  Mungkin juga  disaat itu Allah tidak mahu kita berjumpa dengan orang tersebut demi kebaikan kita.
Mana kita tahu  apa  yang terbaik untuk kita.  Hanya Allah yang Maha Tahu.
Pernah tak kita  ingin pergi ke suatu tempat, tetatpi kita terpaksa melambatkan  pemergian kita beberapa minit disebabkan masaalah yang mendatang secara tiba-tiba?  Dan apabila kita  dalam perjalanan ketempat tersebut, kita lihat berlaku kemalangan  di sesuatu tempat beberapa minit sebelum kita sampai ke tempat tersebut.
Apa yang terlintas difikiran kita  pada waktu itu?.
Jadi yakinlah, apa yang berlaku semuanya dengan izin Allah.
Sabar dan redhalah  dengan segala ketentuan NYA.  Moga Allah memberi kita kekuatan untuk menghadapi segala ketentuan NYA.
Berdoa adalah tanda tawakal kita kepada Allah kerana waktu itu kita menyandarkan hati hanya kepada Nya.
Berdoalah, Allah itu Maha Pemurah yg tak pernah bakhil,  perbendaharaan Nya tak pernah surut dan berkurang.




Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Maa-idah, ayat 1:-

Tafsirnya :
Wahai orang-orang yang beriman penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

Perjanjian adalah satu amanah yang wajib ditunaikan dan menganggap ringan perjanjian dan tidak menepati apa yang diucapkan adalah dosa besar yang dibenci dan dimurkai Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaff, ayat 2 – 3:

Perjanjian adalah satu amanah yang wajib ditunaikan dan menganggap ringan perjanjian dan tidak menepati apa yang diucapkan adalah dosa besar yang dibenci dan dimurkai Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaff, ayat 2 – 3:

Tafsirnya :  
Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Menepati janji adalah sangat-sangat dituntut oleh agama Islam. Dan orang-orang mu’min yang menepati janji akan diberi ganjaran yang sebenar-benarnya oleh Allah Subhanahu Wataala iaitu ganjaran syurga firdaus.  Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Mu’minuun, ayat 8 – 11:-

Tafsirnya :  
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.  Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi  yang akan mewarisi  syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan dalam hadith baginda :-

Maksudnya :
Dari tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berbohong dan apabila berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianat.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan dalam hadith baginda :-

Maksudnya :
Dari tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berbohong dan apabila berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianat.

Thursday 16 May 2013

Come back

Hello guyssss . Lama sudaaaa xberblogger ni . Berhabuk dh my blog ni . Miss you all la . Heee . Gurau2 saja . Arini rasa rajin nk menaip, tambah2 plak banyak gila ni cite2 yg sedih2 yg hepi2 yg masam2 yg pahit2 pokoknya semua deh . Secukup rasa . Heee :) . Now sy hepi bersama dia . Dia ???? Siapakah ? Tutttttt . . . . . Heeeee tadela opkos la my beloved AHMAD SYAHIR yang koya sweet romantika semua la buleh ke dia . Ah hahahaha ( sorrryyyyy baby kutuk b cket . Jgn Mara ye :p ) . Tp betul la dye sweet sgt2 caring sgt2 walaupun dye selalu buat sy sedih . Sobssssss2 . Tp ttp jgk syg dye . Ase nk tumbuk2 je muka dye time dye buat sy sedih . Tp xleh nk tumbuk sbbbbbbbbb dye seorang yg sgt2 pandai memujuk . Tp dye jugak la buat sy tersenyum . Tengkiu bie . I love you damn much ! Muah ! But sampai skrg pn masih banyak dugaan yg kami harungi . Tp alhamdulillah kami dpt tagani . Kalu bergaduh pn mesti salah seorang Akan mengalah . Kalu dua2 berapi . Alamaknya . BERCERAI la . Tp kita mintak jauh gn semua tu . Tujuan tulis ni bukan la nk menunjuk2 yg kami Sedang bahagia . Tetapi sy cuma nk share dengan korang2 sume . Tipula kan lau sy Kate sy gn dye xgaduh . Hampir setiap hari gaduh . Tp berbaek . Seyesly sy xleh jauh dr dye . Syg gila . Now sy dh Habes study . Dalam proses nk cari keje lah kot sementara tunggu my hubby Habes study . Sy ttp Akan Tggu dye . Tinggal berape hari lg birthday dye . Hehehe . Xsabar . Sy Harap sgt2 hubungan kami sampai akhir hayat . Org lain blh bahagia takan sy x . Korang doakan ye hubungan sy dn dye baek2 je . Bie percayala sy Hanya syg n cinta kan awk sorang je . Sy akan tuggu awk syg . Smoga b shat2 je . Ingt syg Jaga diri . Jaga iman . Jaga ibadat b . Jaga hubungan b Dgn Allah . I'allah termakbul Doa kita selama ni . Aminnnnnn . Syg b teramat . Sy bukan ngupat ke awk deh . Sy cuma oyap sal kebahagiaan kita kt diari sy nih :) jangan salah parham pulak .


Beloved : Ahmad syahir bin abd rahim .



Happy teacher's day

Selamat hari guru cikgu2 . Hee . Tengkiu atas jasa2 Cikgu mendidik sy selama ni . Sy hargai ya . Tengs to cikgu2 di sekolah kebangsaan putera jaya , sekolah kebangsaan kampung buloh , sekolah menengah agama Setiu , sekolah menengah teknik wakaf tembesu n Kolej universiti bestari . Syg Cikgu sgt2 :)

Friday 14 December 2012

Tarikh yg xkanku lupa

Harini 14.12.12 tarikh yg selalu bermain kat fikiran aku. N xkan penah padam n hilang pn. Walaupn sekejap, genap sudah 2 tahun ditinggalkan Oleh ayah aku. Kejap je rase mase berlalu. Rase mcm baru mareng2 Dk gurau gn dye. 2 tahun dh upenye aku Dk menangis tiap2 Mlm merindukan beliau. Rase mcm xpecaye je. Rindu teramat kat ayah aku. 2 tahun dh upenye hilang kasih syg seorang ayah Dlm hidup aku ni. Selama 2tahun ni mcm2 dh perkara yg berlaku. Lau ayah Ade mesti ayah sedih sgt2 Tgk ape yg berlaku skrg, Semuanya berubah lepas ayah Xdk. Lau ayah ad hidup along xkan gni pn. sedih ye . Nti la Sambung . Xleh nk teruskan dh cite ni. Airmate laju je ni kuo.